Ramai wanita hamil mengalami alahan sepanjang kehamilan. Namun begitu ramai juga yang tidak mengalami apa-apa alahan dan ada hanya terjadi pada trimester pertama sahaja. Lain orang lain caranya. Jadi, alahan adalah perkara biasa yang terjadi pada setiap wanita yang hamil.
Bestnya kalau bebas dari alahan kan ? Siapa yang pernah mengalami alahan sepanjang kehamilan pasti tahu macam mana rasa peritnya. Walau perit, ianya tetap menjadi detik terindah bagi setiap wanita :) Alhamdulillah.
Kebiasaanya, wanita hamil akan mengalami simptom seperti :
✓ Pedih ulu hati
✓ Tidak suka pada sesuatu makanan
✓ Mood yang sentiasa berubah ubah
✓ Mengalami loya
✓ Sembelit
✓ Cirit-birit
✓ Kembung perut
✓ Muntah
Ini adalah simptom kebiasaan yang dialami oleh wanita hamil. Namun, ada juga simptom yang merbahaya untuk kandungan. Contohnya :
1) Pergerakan janin minimum atau tiada pergerakan
Mommies wajib check dan kira setiap kali pergerakan. Sebaiknya check setiap 2 jam. Kalau tendangan bayi kurang dari 10 kali maka mommies kena segera berjumpa doktor kerana bimbang bayi tidak mendapat oksigen yang cukup atau masalah masalh yang lain yang mungkin mengancam nyawa bayi.
2) Pendarahan pada faraj
Banyak faktor yang menyebabkan pendarahan pada faraj namun jika terjadi pendarahan faraj berserta sakit perut, kekejangan dan pengsan pada trimester perlu segera berjumpa doktor kerana ia mungkin petanda kandungan luar rahim. Pendarahan berterusan serta kekejangan juga boleh menjadi faktor bahawa mommies mengalami keguguran pada trimester pertama dan kedua. Jika ia berlaku pada trimester ketiga, ia mungkin disebabkan masalah plasenta yang terbentuk dalam rahim atau masalah masalah lain.
3) Sakit kepala dan gangguan penglihatan
Jika mommies mengalami sakit kepala kronik melebihi dua ke tiga jam berserta gangguan penglihatan, situasi ini mungkin petanda mommies mengalami prakelampsia iaitu sejenis keadaan yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing. Ia hanya akan berlaku pada wanita hamil selepas 20 minggu kehamilan.
4) Cecair keluar daripada faraj
Jika terdapat cecair yang keluar daripada faraj sebelum kandungan mencecah usia 37 minggu maka itu tanda air ketuban telah pecah lebih awal. Mommies perlu lah segera ke hospital kerana air ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah kepada jangkitan.
5) Sakit dibawah perut
Kesakitan di bawah perut sama ada salah satu sisi atau kedua-duanya merupakan tanda kandungan berisiko untuk mengalami keguguran, kelahiran pra-matang, masalah plasenta dan sebagainya. Tidak rugi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan kandungan dalam keadaan selamat.
Comments
Post a Comment