POSISI TIDUR BAGI ORANG HAMIL

POSISI TIDUR yang betul sangat penting untuk ibu hamil. KENAPA ?

  Baca info dibawah.



Pada awal kehamilan mommies masih selesa untuk tidur dalam pelbagai posisi. Namun begitu, apabila perut semakin membesar makin sukar untuk mendapatkan tidur yang lena. Semua posisi rasa serba tak kena.

 Begitulah payahnya hendak mendapatkan posisi tidur ibu mengandung yang selesa. Berpusing-pusing dibuatnya! Kadang-kadang sampai pagi pun tak jumpa lagi posisi yang sebaiknya. End up mommies tak cukup tenaga untuk memulakan kehidupan seharian. Stress sangat kan.

 So apa yang mommies boleh buat adalah tidur mengiring atau SLEEPING ON SIDE (SOS). Doktor-doktor Barat lebih menyarankan agar tidur dalam posisi ini kerana ia dapat mengelakkan uterus menekan hati dan membolehkan bayi menerima kandungan nutrisi yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, tidur mengiring ke kiri bukanlah yang paling ideal dalam praktis Islam kerana jantung ketika itu dihimpit oleh peparu kanan yang lebih besar dari peparu kiri.

Maka, posisi tidur ibu mengandung seperti ini dianggap kurang sesuai jika diamalkan selalu kerana mampu mengurangkan kecergasan jantung.

Akan tetapi, doktor mengesyorkan ibu mengiring ke kiri badan apabila sudah hampir sampai waktunya untuk bersalin dengan sebab dapat mempercepatkan bukaan rahim.




TIDUR TERLENTANG juga adalah salah satu posisi yang selesa untuk mommies tidur. Namun begitu, hanya disarankan pada mommies yang usia kandungannya masih baru (trimester pertama).

Apabila masuk trimester kedua, elakkan tidur terlentang kerana uterus akan meletakkan tekanan pada saluran darah yang mengalir di jantung.

Jika anda berbaring dalam posisi ini dalam tempoh waktu yang lama, ia boleh menyebabkan pengaliran darah dan nutrisi ke plasenta dan bayi menjadi terhad.

Selain itu, tidur terlentang juga akan meletakkan beban pada bahagian pinggang mommies. Ia menjadikan mommies berasa cepat lenguh. Mommies juga mungkin akan berasa pening.

Comments

Popular Posts