CONTOH SENAMAN YANG MOMMIES BOLEH BUAT SEPANJANG KEHAMILAN ?
Senaman didefinisikan sebagai aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal. Ia dilakukan untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdasan tubuh badan. Senaman juga adalah salah satu aktiviti fizikal yang dirancang, berstruktur dan berulang yang bertujuan utnuk mengekalkan kekuatan otot badan.
BOLEH KE IBU MENGANDUNG BERSENAM ?
Boleh ! Bahkan sangat digalakkan utnuk ibu mengandung melakukan senaman ringan sepanjang kehamilan mengikut kemampuan diri.
DENGAN BERSENAM, MOMMIES AKAN DAPAT MENGATASI MASALAH :
➧ Sakit dan pening kepala
➧ Stress dan kemurungan
➧ Keletihan dan tidak bermaya
➧ Kesakitan pada bahagian pelvic
➧ Kesakitan di bahagian pinggang
➧ Masalah sembelit
➧ Kekejangan dan bengkak kaki
Ini kerana, darah mommies akan mengalir dengan baik jika mommies melakukan senaman secara konsisten sepanjang kehamilan.Ia juga ikhtiar untuk mommies bersalin secara normal dan mudah. Erti kata lain, memudahkan proses bersalin nanti.
Namun begitu AWAS jika rahim mommies tak kuat atau mudah untuk gugur, mommies perlu lebih berhati hati dalam bersenam. Lakukan senaman yang sewajarnya.
CONTOH SENAMAN YANG MOMMIES BOLEH BUAT SEPANJANG KEHAMILAN :
Berjalan, berbasikal, menari, berenang, menaiki anak tangga dan bersenam ringan seperti yoga.
Namun begitu, hanya disarankan 150 minit sahaja diperuntukkan untuk mommies bersenam setiap minggu. Jangan lebih kerana dikhuatiri akan memudaratkan mommies. Bergantung pada penerimaan badan. Ada mommies yang tak boleh melakukan sebarang senaman dan ada yang boleh. Buat mengikut kemampuan kerana badan kita lain lain penerimaannya.
APA YANG PENTING ADALAH IKUT GUIDELINES YANG BETUL ✔️
PENTING untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan jangan lupa untuk terlebih dahulu sebelum memulakan senaman. Pastikan juga mommies minum air yang secukupnya yang diperlukan oleh badan dan makan makanan yang sihat dan cukup kalori untuk badan. Jangan melakukan senaman atau aktiviti yang lasak.
PERHATIAN !
HENTIKAN SENAMAN jika :
✔️ Berlakunya pendarahan
✔️ Kesukaran untuk bernafas
✔️ Pening mual, sakit kepala dan dada terasa sakit
✔️ Kelemahan pada otot
✔️ Nyeri betis dan pembengkakkan
✔️ Kurangnya pergerakan janin
✔️ Pecah ketuban
Apa yang penting adalah mommies kena sentiasa refer pada doktor atau yang lebih pakar dalam apa jua yang mommies lakukan. Anda ibu yang hebat !
Comments
Post a Comment