KEBAIKAN BERBENGKUNG YANG MOMMIES PATUT TAHU
Hai ! Alhamdulillah harini dapat juga update sedikit info untuk mommies :) Sihat ke semua ?
Okay harini mummy hanya nak menulis mengenai bengkung. Ramai yang berfikir berbengkung ini hanya lah untuk mencantikkan kembali badan selepas bersalin semata mata. Sebenarnya untuk mendapatkan badan yang cantik dengan berbengkung itu hanyalah fungsi sampingan sahaja. Terdapat banyak fungsi dan kebaikan lain yang mommies boleh dapat dengan berbengkung tau.
Nak tahu tak apa fungsi berbengkung yang lain ?
Jom baca.
Antara fungsi dan kebaikan bengkung adalah :
1) Membuang angin dalam badan
Bengkung sangat membantu dalam pembuangan angin dalam badan. Hal ini kerana, setelah bersalin perut akan mudah dimasuki angin kerana organ dalaman yang mengembang dan longgar. Jadi dengan memakai bengkung, ia dapat menghalang angin masuk dalam badan mommies. Selain itu ia dapat melawaskan pembuangan angin dalam badan.
2) Mengembalikan kedudukan peranakan dan mengelakkan rahim jatuh
Memakai bengkung juga dapat mengembalikan kedudukan peranakan. Bagi wanita yang bersalin, ia merupakan perkara normal yang terjadi selepas proses bersalin. Kehamilan yang terlalu kerap dan dalam jarak masa yang terdekat, melahirkan bayi yang besardan melahirkan bayi dengan kaedah vacuum juga menjadi penyebab kepada kedudukan rahim jatuh. Bila terjadinya rahim jatuh, badan mommies akan merasa tidak selesa dan sakit. Lebih teruk lagi, mungkin akan tejadinya tombong. Oleh itu, amat disarankan untuk mommies memakai bengkung selepas melahirkan bagi mengelakkan rahim jatuh dan mengekalkan kedudukan rahim dengan baik.
3) Mempercepatkan proses pengeluaran darah kotor
Darah kotor atau darah nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Biasanya wanita yang dalam proses berpantang akan mengalami darah nifas selama 40 hari atau lebih iaitu sehingga 60 hari. Tempoh minimum bagi darah selepas bersalin ialag satu titik selepas bersalin atau dalam tempoh tiga hari. Oleh itu dengan memakai bengkung, ia dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran darah nifas dengan cara pemakaian herba khas pada perut sebelum memakai bengkung. Ini akan dapat mengelakkan darah nifas dari bertukar menjadi darah berpenyakit jika melebihi tempoh yang sepatutnya.
4) Membantu menghilangkan sakit belakang
Pemakaian bengkung juga dapat menyokong tulang belakang mommies sepanjang tempoh berpantang. Hal ini kerana selepas proses bersalin mommies akan mengalami proses perubahan bentuk badan. Semasa mengandung, tulang belakang juga akan berubah posisi mengikut keadaan badan. Selepas bersalin, tulang belakang akan kembali kepada asalkan. Terdapat banyak urat urat yang putus akibat daripada proses bersalin, tulang juga akan berasa sakit sakit. Jadi dengan pemakaian bengkung ini inshaaallah dapat membantu melegakan sakit belakang mommies.
Cara pemakaiannya pun sangat mudah dan cepat. Mommies hanya perlu lumurkan herba khas untuk perut sebelum berbengkung dan pastikan berbengkung dengan cara berbaring baru lah kemas dan mudah dipakai.
Pada zaman moden ini, terdapat pelbagai jenis bengkung yang telah berada dipasaran. Ada yang jenis berzip, ada yang jenis pelekat dan ada yang sarung. Kalau dulu dulu kita selalu gunakan yang bertali kan ? Haa tapi sekarang pun masih ramai tau yang menggunakan jenis bertali kerana sangat selesa dan senang dan ketatkan atau longgarkan. Jenis bengkung untuk bersalin normal juga berbeza dengan bersalin secara pembedahan so kena bertanya pada yang pakar terlebih dahulu sebelum membeli ❤️
Stay safe !
Comments
Post a Comment