APA KELEBIHAN MENGAMBIL KHIDMAT CONFINEMENT LADY ?

Sudah menjadi lumrah setiap wanita untuk menjalani fasa berpantang selepas bersalin. Ini bertujuan untuk proses penyembuhan luar dan dalam untuk ibu yang selepas bersalin. Selain itu, untuk mengembalikan tenaga yang dah banyak dihabiskan di dalam bilik bersalin. 

Namun begitu, zaman sudah moden dan kebanyakan ibu ibu moden lebih suka berpantang sendiri kerana memikirkan lelahnya ibu yang sudah tua untuk menjaganya ketika dalam pantang. Jadi inisiatif yang mudah adalah mengambil khidmat CL iaitu singkatan dari Confinement Lady. 

CONFINEMENT LADY ? APA MAKSUD CONFINEMENT LADY ?

Okay jom baca sampai habis !



Confinement Lady adalah wanita yang akan membantu mommies ketika berpantang. Tugasan mereka bergantung kepada pakej yang mommies pilih mengikut syarikat atau individu yang menentukan. Jika di Pantang Mother Care, perkhidmatan yang ditawarkan adalah lengkap dengan urutan tradisional, sauna, spa, lulur badan, tangas, tungku, sengkak, penyediaan jamu, masakan ibu berpantang, mandian herba, pemakaian bengkung, param, pilis, tapel, mengemas rumah (asas), menguruskan bayi dan mencuci serta melipat kain baju ibu dan bayi.

Setiap pakej yang ditawarkan sudah lengkap dengan perkhidmatan yang diberitahu pada kenyataan di atas. All in one dengan harga yang sangat sangat berpatutan. Okay sekarang kita nak cerita kenapa perlu ambil Confinement Lady ? Penting sangat ke ? 

Ia bergantung pada individu. Mungkin ada yang rasa Confinement Lady ini tidak penting dan ada juga yang rasa Confinement Lady ini sangat penting oleh sebab sebab tertentu. Yes ! Jom tengok apa kelebihan mengambil khidmat Confinement Lady ⬇️

APA KELEBIHAN MENGAMBIL KHIDMAT CONFINEMENT LADY ?
  • Tidak perlu menyusahkan ibu bapa untuk menjaga mommies ketika dalam pantang.
  • Suami dapat memberi tumpuan ketika bekerja kerana ada CL yang terlatih menjaga isteri dan anak.
  • Mommies akan mendapat rehat yang cukup kerana CL akan membantu mommies bukan sahaja dari segi penjagaan pantang malah dalam menguruskan rumah dan bayi.
  • CL akan memastikan mommies dan bayi berada dalam keadaan baik dan tenang.
  • Mommies akan mendapat rawatan yang baik dan proses penyembuhan akan menjadi lebih lancar.
Pilihan ditangan mommies ! 💛

HUBUNGI KAMI 

Comments

Popular Posts