APA ITU KANDUNGAN LUAR RAHIM ?


APA ITU KANDUNGAN LUAR RAHIM ?

Dalam bahasa Inggeris istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud " di tempat yang salah ". Sepertinya namanya, kehamilan ektopik bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim. Kehamilan luar rahim bukanlah sesuatu yang asing dan ada wanita mengalaminya selepas kehamilan kali pertama. Ada juga ketika kehamilan kedua atau seterusnya.

Kehamilan di luar rahim ini sangat berisiko tinggi kerana apabila kehamilan ini berkembang, ia akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan dan jika dibiarkan, tiub falopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Dalam kes kehamilan di luar rahim 95 % implantasi berlaku dalam tiub falopio dan ia merupakan kes kecemasan. Ia boleh mengancam nyawa dan kehamilan ini tidak akan bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim.

Biasanya, kehamilan ini harus digugurkan sepenuhnya bagi tujuan keselamatan si ibu. Dalam sesetengah keadaan walaupun ia membahayakan nyawa si ibu, namun mommies yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim masih berpeluang untuk hamil secara normal pada masa akan datang. InshaaAllah.

BILA IA BOLEH DIKESAN DAN APA SIMPTOM-SIMPTOMNYA?

Kehamilan di luar rahim biasanya boelh di kesan di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. Tanda-tanda awalnya sama dengan haid atau keguguran seperti senggugut dengan kehadiran sedikit darah.

SIMPTOM :

  Pendarahan faraj yang tidak normal  

Darah ini biasanya berbeza dengan haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (macam warna "jus prun").

  Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut  

Ini simptom yang biasa. Jika mommies mengalaminya dan mengesyaki hamil, mommies perlu segera berjumpa doktor.

   Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, 
   tiub mommies akan menegang akibat pembesaran   
   embrio sehingga pecah. Mommies mungkin akan mengalami   
   simptom simptom berikut ⇓  

✔️ Sakit yang teruk dan berlaku tiba tiba dan beransur ansur merebak ke 
seluruh bahagian perut.
✔️ Berpeluh dan rasa seperti hendak pitam, cirit birit atau terdapat darah 
dalam najis.
✔️ Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman 
yang teruk.
✔️ Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu 
mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

MENGAPA TERJADINYA KEHAMILAN EKTOPIK ?

Paling biasa kehamilan seperti ini berlaku apabila tiub falopio telah rosak. Ia menyebabkannya tersumbat atau sempit lantas menghalang telur tersebut sampai ke destinasinya. Telur yang telah disenyawakan biasanya akan mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim dimana ia akan diimplantasi dan mula berkembang.

...........................................................................

Jika mommies mengalami simptom simptom seperti dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor.


Take care mommies !



Comments

Popular Posts